Selamat Datang ke laman web PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri
Dalam era informasi dan teknologi maklumat (ICT) dan dunia tanpa sempadan kini, PUSPANITA harus seiring dengan kemajuan dan menggunakan saluran internet sebagai media untuk membolehkan ahli mencapai maklumat dalam masa yang singkat. Ahli-ahli pula akan berupaya lagi memperluaskan rangkaian perhubungan antara ahli dengan persatuan sendiri atau dengan persatuan yang lain, di dalam dan juga di luar negeri.
Laman web PUSPANITA ini merupakan gerbang untuk mencapai ilmu yang tidak ada batasannya. Kemudahan dan aplikasi yang dibangunkan di laman web ini membuka luas peluang-peluang untuk ahli-ahlinya bertindak untuk meningkatkan diri masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri. keluarga, masyarakat dan negara tercinta.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"


